Sunday 27 August 2017

7 Tips Mula Niaga Online

tips mula niaga online

Dalam zaman sekarang ini, berniaga sudah menjadi lumrah kerana kos hidup telah meningkat. Jadi ramai yang mula berniaga sama ada secara online atau offline. Tahniah kerana anda sebahahagian daripada usahawan baru yang ingin menambahkan pendapatan keluarga dan meningkatkan taraf hidup. Namun berniaga bukanlah sesuatu yang mudah seperti disangka. Jadi, jika anda masih baru dalam dunia perniagaan, jom baca 7 tips mula berniaga di online.

1. Mulakan dengan niat dan mindset "membantu"

Kebiasaannya, adalah lumrah jika saya katakan, 99% usahawan yang baru mula nak berniaga berniatkan untuk kaya, untuk buat untung banyak dan nak berhenti kerja (khusus untuk mereka yang berniaga secara sambilan / part-time). Tukarkan niat untuk kaya kepada mindset untuk membantu orang lain.

mindset dalam berniaga

Analoginya begini. Jika anda berniat untuk beritahu kelebihan produk A untuk merawat masalah kencing manis, dengan niat membantu orang lain, anda akan ada keikhlasan dalam membantu orang lain. Dengan keikhlasan yang hadir tu, ia akan memberikan anda semangat. "Aku nak bantu orang ni atasi masalah kencing manis. Kalau aku tak bantu dia, kaki dia mungkin akan kena potong satu hari nanti." Jadi kita secara tidak langsung akan menerangkan kebaikan produk A ini dalam mengatasi masalah pesakit kencing manis, dan secara tidak langsung, kita juga akan bantu dia tentang cara pemakanan yang sihat, dan pantang-pantang larang supaya kencing manis beliau tidak lagi semakin teruk.

2. Gunakan dengan apa yang ada

Dalam berniaga, biasanya kita tengok orang berniaga gunakan fb ads, kita pun belasah guna fb ads. Nampak orang guna sistem auto messenger fb, kita pun mula beli juga. Bagi saya, kita seharusnya bermula dengan apa yang ada terlebih dahulu.

free cost marketing

Contoh mudah, daripada kita buat fb ads untuk pasarkan produk kita, apa kata kita cuma tanyakan kepada rakan-rakan kita sepejabat, dalam grup whatsapp dan rakan di media sosial. Kita cuma perlu bertanya, "Siapa yang ada masalah Kencing Manis ni, saya ada penawar ni. Kalau ada saya nak bantu anda atasi masalah kencing manis tu.
Prinsip dalam berniaga adalah trust / kepercayaan. Takkan la kawan-kawan kita tak percaya dengan kita kan? Nak bagi duit kat kita pun senang sebab dia memang dah kenal kita.

3. Cari mentor dalam niche

Ilmu itu luas, tapi kalau kita tak cari orang yang betul, kita akan berpusing - pusing 100 kali dulu baru jumpa ilmu emas untuk perniagaan kita. Salah satu jalan pintas atau shortcut untuk berjaya adalah dengan mencari mentor. Mentor akan bantu kita elakkan kepala kita terhantuk banyak kali dan terus mencipta kejayaan dengan lebih pantas.

cari mentor dalam perniagaan

Mungkin boleh mulakan mentor anda daripada kalangan Stokis bagi produk anda dahulu. Anda cuma aim nak jadi stokis macam dia. Kemudian bila anda dah berjaya naik menjadi stokis, sudah tiba masa untuk anda upgrade mentor lain pula sebagai mentor anda. Dengan ini, kita sentiasa mendapat bantuan dan bimbingan gerak kerja yang betul dalam mencipta kejayaan. Tak usah mulakan dengan terus mencari mentor yang dah ada pendapatan 7 angka dahulu. Biar kejayaan kecil yang akan menggerakkan anda mendapat kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.

4. Buat Target, dan Kejar Target Itu Sampai Dapat

Kadang-kadang, kita buat jualan tanpa kita letakkan sebarang target. Ini agak bahaya ye sebab bagi orang baru atau newbie, bila kita tak ada target, bermakna kita tak tahu di mana tahap perniagaan kita. Kita lebih fokus kepada janji aku post iklan aku, sales dapat ke tak nombor dua.

Tetapkan target jualan

Akibatnya, kita akan penat dan rasa demotivated kerana kita rasa kita dah cuba buat macam-macam tapi tak menjadi pun. Jadi untuk elakkan kita rasa down, buat target yang realistik untuk jualan tahunan, dan cuba pecahkan kepada target bulanan. Dari target bulanan tu pula, kita boleh pecahkan kepada 4 minggu yang ada. Dan lagi bagus, dari target mingguan tu pun, kita pecahkan lagi kepada target harian. Apabila kita ada target sebegini, kita tahu apa yang kita perlu buat sekiranya kita tak dapat capai target hari ini, akibatnya target bulanan kita juga tak akan tercapai.

5. Kenalpasti Siapa Customer Avatar / Segment Market

Biasanya, memang kita tamak. Kita nak jual kepada semua orang. Last-last, habuk pun tak ada. Kenapa jadi macam ni? sebabnya kita tak kenal siapa pelanggan kita, siapa target market kita.
Kenapa kena tahu siapa bakal pelanggan kita? Supaya kita boleh pujuk mereka, untuk membeli produk dengan kita. Kita juga tahu kemampuan mereka membeli. Misalnya, kalau kita jual produk kurus, siapa target utama kita? fokuskan kepada segmen tertentu sahaja, seperti mereka yang nak kahwin lagi 1 bulan, atau untuk mereka yang nak kuruskan badan sebelum raya.


Lebih banyak kita kenal segmen pelanggan kita, lebih senang kita nak menjual. Ini tentunya nanti berkaitan dengan kopiwriting pulak. Jadi mula buat research tentang siapa customer avatar anda ye. Senang nanti nak buat iklan FB Ads kalau memang kita dah kenal kat mana lubuk customer kita ni berada.

6. Tentukan harga jualan dengan betul

Part ni ramai yang salah pilih. Kalau anda menjadi agen dropship atau stokis produk tertentu, harga sudah ditetapkan oleh HQ. Jadi yang ini kita ikut sajalah. Tapi katakan anda membeli stok daripada pemborong, dan anda nak jualkan semula, pastikan anda kenalpasti semua kos terlibat dalam proses jual dan beli.
Penentuan harga jualan

Kos yang saya nak maksudkan adalah seperti kos pengambilan stok, kos pembungkusan produk, kos penghantaran, kos utiliti seperti internet, elektrik, dan juga jangan lupa masukkan margin keuntungan dan juga gaji anda. Yelah, kalau anda jual tapi anda tak ada gaji, margin tu habis ditolak dekat kos - kos yang saya sebutkan di atas. Jadi macam mana nak niaga kalau untung bersihnya tiada? 

7. Dokumentasi

Bab ni ramai yang suka skip. Benda nampak macam malaslah, lecehlah, tapi nanti bila LHDN dah cari, jenuh nak cari semua maklumat ni kan? Kat mana semua resit-resit pembayaran , resit tol , resit poslaju , semua baru nak cari. Bila kena nak buat invois pulak kan. Hmm. Kalau buat backlog memang haru lah jadinya.
Dokumentasi perniagaan
Jadi mulakan sistem filing dengan betul. Mulakan dengan filing kesemua yang melibatkan kos dan pengeluaran duit daripada perniagaan anda. Rekodkan semua transaksi untuk rujukan anda kemudian hari. Oh ye, sebelum terlupa, anda jangan lupa tau daftarkan perniagaan di SSM. Ala, murah je, kalau guna nama sendiri baru RM30 setahun, atau nama selain nama sendiri baru RM60 setahun.
Jadi bila tiba masa nak submit penyata pendapatan, senanglah nak buat rujukan kan? 
Dah lama berniaga tapi baru terbaca artikel ni? nak buat macam mana, mulakanlah sekarang ye. Jangan tunggu lagi.
Kalau anda suka artikel ini, jangan malu-malu untuk share ye !